Friday, January 28, 2011

say hi to my new baby!

hai all,

this is my account, my new blog, with new url, new layout and ehem new picca.
already recover all the entry from the previous blog. still done some re-structuring. and hopefully no spammers lagi *saddd* okay will be updating selalu selalu insya allah :)

good bye and have a good day!

Monday, January 17, 2011

Saya tak ada boyfriend, macam mana neyy??

Mesti ramai antara kita yang fikir macam tu kan? Macam dunia nak kiamat dah kalau takde boifren atau girlfren. Mana tak nya. Bila tengok kawan baik kita dah berkepit dengan boifren baru dia. Housemate kita da start keluar dengan possible guy. Tapi kita yang dah alamak 6 bulan (atau lebih) single still takde pengganti lagi. Arghh macam mana neyy?? Hehe, bukan saya la, da confirm confirm kat sebelah tu ada pic ‘me love my naughty baby’ tu kan.

Di akui life single ni memang macam macam dugaan dan cabaran nyaa. Dugaan paling susah nak lawan ialah sunyi atau dalam bahasa inggeris-nya lonely, I am mr lonely. I have nobody… haha tu lagu lah jangan nyanyi lagi! Baca baca! Kadang kadang sunyi sangat rasa macam takde life je. Henfon pun senyap aje. Boikot tuan dia. Sampai kadang tu topup RM10 pakai sebulan pun tak abes. Siap bole share topup RM5 ngan adik lagi. Haa sampai macam tu punya sunyi. Betol tak tipu!

Ada satu soalan yang saya dapat kat formspring saya pasal macam mana nak lupakan first ex-love kita, kat sini. Sebenarnya mana ada secara spesifik cara macam mana nak lupakan orang yang kita sayang (atleast pernah sayang) kalau ada pun best jugaa. Semua bergantung dengan attitude kita. Macam mana kita berhadapan dengan perasaan kita sendiri. Kadang kadang kita terlalu takut nak berhadapan dengan perasaan kita sendiri. Sampai kita tak sedar ada orang lain yang kita lukakan demi nak menjaga perasaan sendiri. Semuanya bergantung pada apa yang kita rasa dan macam mana kita nak berhadapan/melawan perasaan tersebut.

Ada orang bercinta sebab kehadiran pasangan membuat mereka gembira. Dan mereka mahu menggembirakan pasangan masing masing. Mereka bercinta sebab mereka sayang satu sama lain. Pasangan yang begini bila berpisah biasanya boleh hidup bahagia dan gembira walau kini mereka bukan lagi satu. Tapi dua entiti berbeza. Kenapa dia boleh gembira walau melalui perpisahan yang maha perit? Bukan sebab dia tak perlukan pasangan dalam hidup dia tapi sebab dia tahu waktu bersendirian adalah waktu paling baik untuk mencari identiti diri. Waktu paling baik untuk meluaskan jaringan sosial (networking la tu) dan waktu paling baik untuk mencari tahu apa kesilapan hubungan dulu lalu berazam menjadi yang lebih baik di masa akan datang.

Ada juga orang yang yang bercinta sebab keperluan. Mereka merasakan ada pasangan itu perlu. Sebab itu setengah orang baru seminggu berpisah dah keluar dengan orang lain atau worst da kapel ngan orang lain. Mereka merasa kalau putus cinta harus cepat cepat ada pengganti kerana mereka mempunyai perasaan rendah diri yang amat tinggi. Mereka tak biasa kesunyian. Jenis yang begini biasanya bukan mencari life partner, mereka lebih cenderung mencari life saver. Asal ada mereka boleh gembira. Sebab itu selalu timbul masalah dalam perhubungan. Mereka belum sedia untuk memulakan hubungan yang baru tapi mereka cuma perlu seseorang untuk menyokong mereka mentally. Jadi orang yang menjadi pasangan baru orang jenis ini haruslah bersedia mental dan fizikal agar hubungan anda dapat kekal lebih daripada 1 bulan.

Kat sini kita kena tau apa perasaan kita yang sebenarnya. Kita nak pasangan sebab apa. Sebab kita desperate nak peneman atau sebab kita happy bila bersama dia. Lepas tu kita kena tau jugak apa yang kita perlukan dari pasangan kita dan macam mana kita nak dapatkan benda yang kita perlu tersebut tanpa bantuan orang lain. Contoh kita nak sokongan selepas melalui perpisahan yang memeritkan, carilah kawan kawan kita, keluarga kita. Mereka lebih faham kita. Mereka mampu sokong dan menceriakan kita. Dan insyaallah :)

Berhentilah mencari pasangan sempurna, perfect guy, mr right or whatever u name it. Enjoy setiap orang sebagai kawan dan bukan possible partner. Sebab kita mestilah tanak kalau orang lain buat kita sebagai sandaran waktu dia bersedih je kan? Kalau boleh mestilah nak selama lamanya..

One said “never be with a man just because you are lonely” and I said, never be lonely to get a men. Hee silly..

Sunday, January 9, 2011

entri cover sebulan.

eceh. konon bz abes la tu tak update sebulan. nuffy pun da tarik balik gliterrati. kuang asam betol. *takpe kau takpe* eheh. ok kita mula kan entri dengan cerita update terbaru. yang entri se-bulan lepas tu tulis ai praktikal kat cimb kan. tapi tak jadi lah. ada company best offer. takley tolak.. haha

3 minggu sudah berlalu baru nak kasi tau praktikal katne hehe. saya praktikal kat Petronas Carigali Sdn Bhd. division petroleum engineering, department technical planning. ramai gak la dak2 uitm kat dept saya macam vincent, sarah, nas, jihan and aisya. hehe tu je.

kerja dia? bole tahan banyak la. ktorng kne buat preparation untuk audit. kena interview SGM, GM, SM yg single M pun kne. hehe. jumpa orang besar2. takot gak.. tapi yang penting experience tu..yang paling sonok keje kat Petronas ni apa tau. cuti dia bnyakk!! baru 3 minggu keje da 4 kali cuti. *winkwink*


kalau nak cerita suka duka sepanjang sebulan tak cover ni bnyak. nnt nangis pulak korang baca. kita diam2 buat macam da cover je la eh *ngee.

ps. jumpa advisor minggu depan. padahal da bengang gila dengan dia aku da mintak cuti bole pulak kansel kan. hee :p