Thursday, September 30, 2010

takde apa laahh xD

sepanjang minggu ini apa benda yang anda paling tak sangka sekali? mesti ada banyak kan. biasa la tu. kadang kadang things not happen according to plans. macam mana baik punya kita rancang rancang, tiba tiba tak jadi. tiba tiba musnah. tiba tiba hilang, dipukul, dibakar, dibuang *eh itu sosilawati and friends*

terus kita marah. kita bengang dan kita geram. itu biasa.

dan kenapa orang selalu judge kita dari luaran. bukan dia kenal kita. bukan dia selalu ada kat sisi kita. see us on our good and bad side. tapi still nak judge? kadang kadang pulak tu jatuhkan hukuman gantung terus. bukan nak siasat dulu ke. nak kenal lebih dekat ke.

kesian kan orang macam tu. mereka ney tak ada benda lain nak buat agaknya. tak ada benda lain nak cakap agaknya. asyik jadikan orang lain sebagai mangsa. yang kesian mestilah ai ni kan *tiba tiba* haha yelaa.. sebab kne dengar cerita yang macam tu. sakit je telinga tau.

pssh pssh : kawan2 semua dah baik dari cirit birit dan sakit perut ke? pegi indon 4 hari je. tapi da seminggu lebih ni still ada yang kat hospital lagi. kesiaan.. :(

sape nak temankan saya mandi hujan?

Staying with someone you really love even if you know you two can't be together for a lot of reasons are like standing under the rain. It feels good but you know it will soon make you sick – quotes

Saya pun suka duduk dalam hujan. Saya boleh menangis sepuas hati saya. Tak ada siapa nampak. Tak ada siapa tahu itu air mata ke air hujan. Saya boleh senyum walaupun air mata masa tu taknak kalah dengan air hujan. At least kalau bukan hujan, shower pun boleh lah. Janji saya rasa lega. Sebab kadang kadang malu nak menangis dalam bilik. Bilik mandi lebih privacy rasanya.

Haha melencong jauh dari quotes di atas kan. Sebenarnya quotes tu cakap, kalau kita kekal berpacaran ngan orang yang kita sayang sangat sangat walaupun kita tahu yang kita tak boleh bersama dengannya disebabkan berbagai bagai alasan seperti orang tua tidak restu ke. Dia anak perdana menteri sedangkan kita cuma anak singkong eh itu lagu singkong dan keju *eh ye ke? Ape ape je la* adalah seperti berdiri di bawah hujan. Ianya rasa bagus tetapi kita tahu yang ianya akan buat kita sakit kemudiannya. Baiknya hati tolong translate satu satu. PM Madinah tau ni mesti kena hambat  sorry prof!


Sebab bagi saya apa perlunya berpisah kalau dua dua saling sayang menyayangi. Apa perlunya berpisah jika dua dua saling memerlukan. Bagi saya berpisah itu hanya bila kita dah tak serasi bersama *eh macam ajai dengan nurul pulak* bila cinta yang hangat mulanya dah sejuk macam ais batu. Itu mungkin kukuh. Setakat perbezaan darjat, restu ayah bonda. Semua itu ada penyelesaiannyaa..

Masa mula mula kita buat keputusan untuk teruskan hubungan mungkin kita rasa ianya sebagai satu ‘tak apa, saya akan cuba’ tapi lama lama saya pasti kita akan surrender dengan benda yang kita taknak dari awal. Sedangkan ubi kentang kalau kita simpan lama lama pun bole busuk dan mengeluarkan bau yang tak menyenangkan. Apatah lagi hubungan antara dua manusia ini. kan?

pssh pssh : sejak kebelakangan ini sangat suka quotes. hm.. habis la lepas ni habis semua quotes kau nak komen. *jangan bg dia quote lagi. teruk dia ney*

Wednesday, September 29, 2010

whos your strongest figure?

“I am the product of a single parent home. My dad that I saw occasionally was not the strongest male figure for me at the time and I believe that ALL of my problems and relationship hang-up come from that relationship with my father. I've always heard people say, you know on shows like Dr. Phill and Montel that people pattern their relationship after the ones they have with their parents and 20 plus years later I see that why I don't have healthy relationships with men. I tend to be possessive or nonchalant; I stay at one extreme end of the specteum. Either I really like you, and I want you around all the time or I don't care at all about you and I treat you like isshh. I don't even have expectations for men anymore. I just expect them to do what they are prone to do, which is to disappoint, like my father. I hate to hold on to the past but at times I feel I am still that little girl who waited in the window for her father to pick her up on the weekends only to be disappointed when he didn't show. But now that I'm grown I don't wait by the window anymore.... *tear “

Disclaimer: I found this from no-longer-active-blogger while looking for a new url for my blog. But I forgot to credit this. If you found this yours, and you feels like I am trespassing your property please tell me ya 

Just a review of life.

I also have no strongest male figure in my life. I found myself climbing up the stairs to change the light bulb so that my mum and I’s night were bright and we can see each other. And found my mum and I having so much fun painting the house where we can paint each other body. Hehe  Also found that my mum never cried since you left us. I want her strongest figure, stand to own feet and gets sick when hari raya to come *ohh*

Pssh pssh : I just want you to be around *badly!*

Saturday, September 25, 2010

bertahan demi kita..

Artist : Wali Band
Title : tetap bertahan
Mood : indonesian song ;)

Tak pernah ku sangka Tak pernah ku duga
Kita kan berjumpa Dan telah bersama
Disiang malam aku Memikirkan kamu
Siang malam kamu Terfikirkan aku
Kita menyatu…

%
Jangan marah bila ku tak datang bila
Ku tak pulang bukan ku tak sayang
Kumohon kau jangan marah karena
Akan datang waktu ku tak pulang waktu
Ku tak datang.

Kini tiba saatnya kupergi
Kumohon jangan tangisi walau perih
Suatu saat nanti untukmu disini
Ku akan kembali…

Cobalah tetap bertahan Untukku
Dan coba terus bertahan menantiku
Sampai hari nanti sampai ku kembali

repeat %

pssh pssh : i really love this song. please dengar okayy!

dari ayat ayat cinta jadi satu kisah cinta

cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama.

kadang kadang kita selalu keliru. kita cinta dia atau kita cuma ingin memilikinya. sebab kedua dua perasaan ini kelihatan macam sama. kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta. kita tak perlukan pengesahan untuk jatuh cinta.

cinta bagi saya macam sesuatu yang kita tak boleh bayangkan apa rasanya. macam sesuatu yang boleh buat kita menangis tanpa alasan yang kukuh. macam sesuatu yang boleh kita gembira dan sedih dalam masa yang sama.

sedangkan keinginan memiliki cuma bila kita rasa tak mahu kalah dari orang lain. kalau ada orang cuba rampas kepunyaan kita, kawan kawan kita, orang yang kita suka. seolah olah macam satu kekalahan. itu bukanlah cinta. sebab bila kita cuba memiliki seseorang itu kita akan tega mengorbankan prinsip hidup kita.

cinta adalah yang menerima anda apa adanya. yang mengalah demi kebahagiaan anda. yang mendoakan kebahagiaan anda. yang merangka masa depan dengan anda. dan setiap perbuatannya ada anda (yang bermakna : anda dihatinya atau anda dimatanya atau anda difikirannya)

dan keinginan untuk memiliki itu datangnya bila kita mahu dia selalu ada dengan kita. kita mahu dia selalu faham kita sedangkan kita tak pernah berusaha untuk fahami dia. sedangkan kita selalu mengecewakan dia. dan kita mahu cepat cepat gengam dia. biar mati asal dia milik kita. lalu bila kecewa, hidup bukan lagi bererti.

bagi saya biarlah cinta saya sederhana. yang membuat senyum saya. yang umumkan pada dunia saya milik dia. yang menghormati orang tua saya. yang tidak menyimpan rahsia apa pun dari saya sebab bila saya tahu dia menipu saya, itu adalah perkara yang saya tak akan cakap kerana yang terluka cuma diri sendiri. yang berusaha untuk meletak saya bawah sikit dari tuhan dan rasulnya bawah sikit dari ibu bapa adik beradiknya bawah sikit dari dirinya sendiri. itu sangat cukup.

lalu memiliki perkara apa yang paling baik bukan la jaminan kepada apa apa.

pssh pssh : kalau dia benar benar untuk kita tunggu lama sikit pun tak apa kan. saya bukan takut komitmen malah saya dah jadi paling sedia. saya bukan takut dikecewakan saya cuma takut tak dapat jadi yang terbaik buat kamu. xx

Thursday, September 23, 2010

unsong story.

No sooner met but they looked. No sooner looked but they loved. No sooner loved but they sighed. No sooner sighed but they ask one another reason. No sooner knew the reason but they sought the remedy - William Shakespeare.

haha. jom translate malay kat google translate. hasilnya...

Tak lama bertemu, tetapi mereka tampak. Tidak lama tampak tetapi mereka cintai. Tidak lama mencintai tetapi mereka menghela nafas. Tidak lama mendesah tetapi mereka berkata satu alasan lain. Begitu tahu alasannya, tetapi mereka mencari ubatnya - William Shakespeare.


lalu gelak guling guling. apela pacik gugel neyy :p

pssh pssh : alhamdulillah perjalanan pergi dan pulang ke bandung-jakarta selamat. terima kasih atas doa doa anda semua. nak ole ole sila la claim di kaunter number 12. terima kasih (=







Friday, September 17, 2010

damn sweet!

Dah lama tak naik bus balik meru. Eh sape tau kat selekoh yang dekat ngan hotel tu da ada pizza hut. Saya baru tau. Haha

Seronok juga naik bus ya! Da tak ramai pulak mamat mamat bangla sekarang ni. Ouh dorng keje agaknya.

Masa bus ni berhenti depan esso tadi,
Saya nampak ada one old man ni, dia mcm tunggu orang. Dalam hati saya, 'apa la maghrib maghrib buat kat luar ney. Bawak basikal pulak tu. Mungkin orang gila'. Haha bersalahnya saya bila nampak one old lady yang bru turun bus td pg kt dia and dorng naik basikal sama sama.

Romantiknya. Kalau da tua tua pun ada rasa macam tu. Tunggu wife, kita balik sama sama. Jangan masa baru baru je nak tunjuk romantis.

Pssh pssh : Nak cakap dorng romantik jugak! Hehe. Bercuti ke indon esok. Doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik okay. Supaya saya dapat naik basikal ngan my old husband (read : sy kekal muda sentiasa)

Tuesday, September 14, 2010

take your time, but i dont promise a waiting

kadang kadang kita tak tahu apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup.

Kadang kadang kita tak tahu sama ada kita buat keputusan yang tepat atau tidak.

Kadang kadang kita tak yakin yang kita mampu jadi lebih baik, mempunyai lebih baik.

Dan kadang kadang juga kita terlalu yakin dengan perasaan kita sendiri sampai kita tak sedar kita luka kn pihak yang lagi satu.

'life is too short to wake up in the morning with regrets. So.. Love the people who treat you right, forget about the ones who dont and believe everything happen for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said it would be easy, just that it would be worth it'

pssh pssh: clock is ticking and time passed. Just live life to the fullest and make a differences. I dont mind makes mistakes and get hurt because that is the process of growing up. Lame.

Wednesday, September 8, 2010

diri anda. tanggungjawab anda.

Setiap perbuatan kita. Setiap kata kata kita. Setiap perlakuan kita. Cuma kita sahaja yang bertanggungjawab keatasnya. Sama ada nak senyum ke kita. Nak menangis ke kita. Cuma kita sahaja yang tentukan. Bukan siapa siapa. Bukan cikgu sekolah kita. Bukan mak kita. Bukan adik kita. Bukan kawan kawan kita.

Nak bagi mudah kena la bagi contoh kan? Hehe. Macam ni la. Kita main lumba lari. Siapa paling laju dia menang. Takkan la yang paling lambat pulak yang menang kan? Dalam seronok sangat berlari *maklumlah yang paling depan sekali* kita tak perasan dah terlanggar dinding. Auchh~! Tahu sakit. Siapa yang harus di persalahkan. Dinding tak salah, dia duduk diam diam je kat situ yang pegi langgar tu buat apa. Nak salahkan kawan yang ajak lumba lari tu pun tak boleh sebab dah la awak dah kalahkan dia *pastu terlanggar dinding pulak. Maluuu* so, kne la salahkan diri sendiri kan. Kenapa la lari laju sangat? Kenapa la bole tak nampak dinding kat depan ni? Kenapa la bangga sangat bila tengok kawan jauh tertinggal kat belakang?

Dinding tu cuma sebagai amaran. Kita bersedia atau tidak. kita fokus atau tidak. Kita boleh atau tidak untuk melangkah terus ke hadapan..

Sama juga macam cinta. Selalu saya dengar orang merungut. “kenapalah aku asyik dapat girlfren macam ni?” kenapalah aku asyik dapat boifren macam ni??” tapi kita sedar atau tidak sebenarnya kita sendirilah yang buat keputusan. Untuk jatuh cinta atau tidak pada si dia. Jadi kenapa tak nak bertanggungjawab atas keputusan kita. Kenapa tak nak bertanggungjawab atas pilihan kita. Setiap perkara ada penyelesaiannya. Jangan merungut, jika bukan jodoh lepaskan cara baik. Jangan cari musuh. Kalau masa cinta beriya iya cari peluang berjumpa, beriya iya telefon siang dan malam. Bila masa tak cinta terus jadi masa itu emas. Terus jadi “kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan seterusnya”

Kita selalu salahkan tuhan kenapa tak bagi bahagia tu kat kita. Kenapa kalau bahagia tu bagi kejap kejap. Seminggu, dua minggu, setahun, dua tahun. Kenapa tak selama lamanya?? Tapi kita sedar tak kalau Tuhan tu tak nak bagi, sehari pun mustahil untuk kita rasa bahagia. Inikan pula seminggu? Setahun? Jangan mimpi.

Kita bertanggungjawab atas apa yang berlaku atas diri kita. Pada segaris senyuman di wajah kita. Jangan lenyapkan senyuman orang lain yang sayangkan kita hanya kerana kedegilan kita mempamerkan tangisan kita. Bahagiakan orang lain dan diri sendiri akan turut merasa bahagia. Insya Allah.

Pssh pssh : I miss my naughty baby. Waiting for the sky to turn to grey so that I know another waiting day is over. But still, I have a lot *counting*

Sunday, September 5, 2010

M A T A H A R I : break fasting


Picture : Ana, Nawwa, Ara, Shireen.

The mataharian is not complete without cik maz kita. Tapi xpela. Shireen da ganti tmpt maz. Haha..

Dah lama xhang out sesama. Even ngn nawa yg satu kampus pun susah. Time do us apart. Ceewah.. Teringin nk buat kerja gila mcm dulu. Main redah je sbb nk tgk masjid terapung kat melaka tu. Padahal kwsn tu xley msuk.

Pastu lepak dekat court, tgk muvie berselimut bintang bintang. Romantic! Main dkt funfair smpai muntah muntah bru ingt nk blk.

Lepas tu karoke adalah perkara wajib kita tiap tiap minggu kan? Yela kt sgmt tu jela hiburan yang kt ada.

Paling rindu masa nk pegi dinner brass band. Saya dapat 4 org assistant. Make up artist, penata gaya, tkg jahit dan props. Gila style oh korang.

Sekarang dah dewasa. Tapi masih cinta kesemua kamu..

Pssh pssh : no more picture of us yg beribu ribu tu dlm my lappy. Bru kne serangan virus k1s1. Sbrng sumbangan dlm bentuk kaset atau vcd adalah di alu alu kan xD

Wednesday, September 1, 2010

buat wanita, anda tidak layak pun didera begitu.


"Hawa dicipta dari rusuk Adam. bukan dari kepalanya untuk dijunjung. Bukan dari kakinya untuk dijadikan alas.lainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup. Dekat pada lengannya untuk dilindungi. Dan dekat dengan hatinya untuk dicintai."

pssh pshh : renung renungkan dan selamat beramal :)

sila senyum hari ini, esok dan selamanya

"jadikan senyuman hari ini inspirasi hari esok"
-Ara Zainal-


tiba tiba poyo nak buat quotes sendiri. haha.. sume salah bilik mandi pagi tadi sebab air sejuk sangat lepas tu otak pulak berpusing dengan pantas sampai kalah kelajuan cahaya. eh tipu je laa :p

kenapa senyuman hari ini sebagai inspirasi hari esok? sebab kita tak tahu future. mana tau entah entah esok ada sesuatu yang bakal buat kita menangis. tau perkara yang kita taknak tau. tengok perkara yang kita taknak tengok.

sekurang kurangnya kalau kita jadikan senyuman hari ini sebagai inspirasi. manalah tau kan hari yang paling sedih dalam hidup kita pun, kita boleh senyum. bila tau boifren curang pun bole senyum and cakap "takpelaa.. dah memang perangai dia macam tu, nak buat macam mana?" pastu bila ada ahli keluarga terdekat meninggal dunia kita cakap "takpe, redha je.. tuhan lagi sayangkan dia"

uih.. positifnyaa.

tapi sekarang saya dah tak bole jadi se-positif itu. susah! mungkin sebab faktor usia yang makin meningkat makanya dah jadi super sensitif. sampai hal kecik pun dah rasa macam langit tu nak runtuh dah. kan sakit jiwa raga tu.

jangan marahkan hujan hari ini jika mentari tak muncul keesokannya.