Monday, February 22, 2010

salah siapa?

dibungkus, dicampak dan dibakar
mereka semua sama
ditinggal ibu sendiri
terbiar hingga mati.

salahnya apa anak kecil itu
menanti saat menjenguk dunia
bukan dengan AllahuAkbar dia disambut
hukuman kejam terus dijatuhkan.

mana perginya cinta
mana perginya sayang
dilafaz hanya buat kekasih tercinta
anak dikandung tiada haknya.

salah ibukah kurang mendidik
salah ayahkah kurang bertegas
salah pemimpinkah kurang peka
salah siapa?

diri sendiri.



loves~
ARA ZAINAL
22 February 2010
15 : 59

Friday, February 19, 2010

dan dia pergi

malam ini,
dia duduk sendiri,
mencari kekuatan dalam diri,
untuk bertahan atau berlalu pergi.

malam ini,
dia pergi sendiri,
setelah usahanya cuma jalan buntu,
setelah hasilnya bukan berbuah manis.

dia tahu,
dengan keputusannya itu,
pagi indahnya akan berakhir,
berdoa agar malamnya tidak menangis.




loves~
ARA ZAINAL
20 February 2010

MENANTI

orang itu berdiri,
kemudian dia duduk,
dia berjalan mundar - mandir,
ke depan dan ke belakang.

gelisah terpamer jelas diwajahnya dan,
ditangannya, puntung rokok masih menyala,
disedut dan dilepas mendesah - desah,
kepulan asap pun memenuhi rongga, segenap ruang.

orang itu sedang menanti cintanya,
hatinya dipenuhi pengharapan,
sedang yang dinanti masih samar,
namun dia tak pernah mengeluh.

hari ini, orang itu terlihat, bersenyum
lebar dan manis sekali,
sebarnya terbalas berbunga hatinya,
kini yang dinanti miliknya,
perempuan itu bidadarinya.



loves~
ARA ZAINAL
15 February 2010

Thursday, February 11, 2010

express your love

As a human we cant escape from love.
to be in love,
to fall in love,
to be loved.

as i told u before *and now i write it again* express your love. lets the people you love know that you are actually love his/her. why must lets things tingling mingling in your heart. let it out people.

oh yes i mean love.

between boys and girl
between bestfriend
between regular hangout friend
and of course mum and dad. on my previous entry - i love them you know? i really do :)
dont forget Allah too.

sometimes we fail to realize.
if we feel this towards his/her, are they feels the same?
together in 3 year plus but then you fail to understand your mates? oh shame.
i can analyze u in 3 weeks. now i'm an expert! whoa~

love is things that you cant touch but things you can feel.
love is things that can make you smile for a day and cry on the following day.
love is things that you are worked for night n day to get but forget to appreciate.

so now is time for a make up right?
get your soo-called buddies to sit with and discuss
heart to heart.
believe me. you will cry to find out oh why we end up like this. its all misunderstanding *eceh drama queen la youu~!
no point to blame on each other. unless you are born with such talent. er.. er.. talent to blame?

so i guess this is a special entry for valentine day *oh why?*

Ara Zainal's open letter :)

Wednesday, February 10, 2010

kasih ibu cinta ayah

seorang anak berusia 7 tahun bertanya kepada ibunya

"ibu, macam mana nk baca doa tido ibu?"

seorang ibu dengan tenang menjawab..

"Allahuma bismika ahya wa amut"

dan si anak mengulang bacaan si ibu sambil mengucapkan selamat malam ibu!

percaya atau tidak ketika mendengar dialog itu. saya tergelak sendirian. kerana saya rasa comel sungguh anak itu.. tapii.. bila saya mula berfikir secara dalamm dalamm..

"mampukah aku bimbing anak kecil itu jika dia anakku?"

tiba tiba juga satu ingatan menerjah benak sanubari. mengungkit lipatan masa lampau. seorang sahabat pernah berkelahi dengan ayah sendiri kerana tidak berpuas hati dengan cara ayah mendidik mereka. terlalu keras. terlalu mengongkong. sang ayah dengan tenang berkata

"kalau kamu tak suka dengan cara ayah, bila kamu jadi ibu atau bapa nanti, didik anak anak kamu dengan cara yg lain daripada cara ayah mendidik kamu ini? boleh??"

sahabat saya kemudian berfikir dan mengakui hal itu. bahawa, jika dia menjadi ibu atau bapa dia akan juga melakukan perkara sama seperti yang dilakukan oleh ayahnya..

kadang kadang kita selalu marah ibu bapa kita kerana kita rasa mereka silap. keputusan mereka salah. ada lebih teruk memaki hamun ibu bapa. membentak keras di hadapan mereka. saya tnya anda, bahagian manakah dalam tubuh anda tiada mengalirnya darah mereka?

saya akui, dulu saya benci ayah. dia tak pernah tunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah pada saya. dia sakitkan hati mama. dia tinggalkan kami. saya cukup benci bila dia tipu saya. tapi lately saya sedar. dia tetap ayah saya..

mungkin dia bukan memeluk saya kala saya bermimpi ngeri
mungkin dia bukan memujuk saya kala saya menangis
mungkin dia bukan merotan saya kala saya abaikan solat
tapi itulah hebatnya kuasa ayah.

saya tak boleh nak buang dia dari darah daging saya. takkan nak suruh saya sedut keluar semua darah n replaced dengan yang baru. atau siat kulit dan buang daging2 gantikan dengan yang baru. itu mustahil.

saya dah maafkan ayah. sejak saya berumur 21 tahun pada 12 disember 2009. mungkin belum lama. tapi saya berusaha. setiap hari saya doakan kebaikan pada dia. itu kena terima kasih pada seseorang. walaupun saya mimpi ayah peluk saya kemudiannya. mungkin itu CINTA saya pada kamu telah bercambah.

loves~

Tuesday, February 9, 2010

cinta bukan tuhan

kadang kadang, sedar atau tak kita banyak sandarkan hidup kita pada cinta semata mata. seolah olah kalau tak ada cinta kita bukan siapa siapa. kita bukan macam orang lain yang ada di sekeliling kita. kita alien. kita pegi keje naik UFO. macam tu lah lebih kurang.

satu artikel yang saya baca *ada quote kat bawah ni* bagitau : cinta bukan tuhan. kita tak boleh buat keputusan mengikut nafsu cinta semata mata.

"cinta itu bukan tujuan, cinta itu hanya jalan.
cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat.
rasa ingin menyintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan kita diciptakan."

Pahrol Mohd Juoi, Solusi.

contoh yang dia bagi cukup mudah. pasal pasangan kekasih yang berpisah. kemudian kedua2nya telah berkahwin dengan pasangan masing2 dan mempunyai anak. kemudian mereka dipertemukan semula and mereka sedar yang mereka masih sayang antara satu sama lain OMG! OMG!

macam mana tu?

cinta bagi penulis tersebut bukanlah matlamat sebenar kehidupan. sepatutnya kita menjaga amanah yang dah tuhan beri ke kita. isteri adalah amanah. anak anak juga.

lagi satu quote menarik pasal perbezaan antara lelaki dan perempuan. anda pasti suka!

"lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks.
wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta."

betul atau tidak. tepuk dada tanya iman :)
untuk lebih info menarik sila dapatkan majalah solusi dipasaran *sudah terbit!*