Wednesday, August 26, 2009

ara is back to the nature xD

hari isnin



hari selasa



hari rabu



hari khamis



hari jumaat ponteng class. pheww~!

saya sudi jadi ibu kepada anak anak awak (=

haha~! gila gedik budak ni =)

ok sebenarnya ada orang meminang saya semalam. dia cakap dia nak saya jadi isteri dia. sooo sweet kan? kiteorang bukan lah kapel or whatever-u-name-it~! tapi kenal dia cmtu2 je. so bile mak cakap dia masuk meminang saya terus balik rumah. dalam hati "biar betul mamat ni?"

bila balik, terus diskas ngan mak, saya mahu kawan dulu dengan dia. nak enjoy life puas puas baru nikah. boleh mak? mak kata ok~! sekarang saya da start untuk mengenali hati budi dia.. moga dia memang ditakdirkan untuk saya xD

*haha, congrats hunny, i hope u will find your true happiness! aminn.... try to know him well k! i luff u no-matter-what. kahwin sila jemput ex-rumet ok! klu tamau kena serang =p*

~saya nak kahwin jugak? takde orang nak meminang saya ke? *ok gurau!*

Tuesday, August 25, 2009

kuih raya~!

ada sape nk order kuih raya untuk hari raya yang akan tiba tak lama lagi sila la buat tempahan =)

50pcs - RM17
100pcs - RM30

antara kuih yang ada dalam senarai :

1. almond london
2. mazola
3. tart nenas
4. chip coklat

tempahan closed on 15th September 2009~! hurry up tempah jangan tak tempah~

*maaf tak dapat disertakan gambar sbb i tak sempat nak snap. sebarang info boleh email di farrablacksheep@yahoo.com*

Saturday, August 22, 2009

tangan suami!~


sebenarnya jangan melawan caakap ibu bapa. itu aja!


sekarang, bila berlaku musibah masih mahu cari ibu bapa? mana malu?? ok takde!~


setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk setiap anak anak dia. bila mereka caakap jangaan~ maknanya jangan buat! sebab bg saya dia lebih tahu.. lebih dulu makan garam kata orang!


serious benci gila lelaki yang naik tangan ngan isteri. wah wah! kalau dari awal tak boleh jadi suami sila jangan jadi! kalau dari awal tak boleh jadi bapa sila jangan jadi! kalau dari awal tahu awak tu tak bertanggungjawab sila jangan ambil tanggungjawab! jawab kat padang mahsyar la nnt k!?


ibu bapa~~ sila terima anak anda kembali kerana dia tak sanggup lagi bersuamikan tangan~~


ok! macam mana puasa hari ini? saya seronok =)

Friday, August 21, 2009

puasa sudah datang!

esok puasa so nk caakap : selamat berpuasa semua! hee~~

semoga puasa kali ini kita dapat jadi someone yang lebih baik dari semalam nya! honestly, this coming ramadhan its a benchmark to me. now, i always terasa nk jadi someone better. maybe its because of the surroundings. i dont know! or maybe i'm in love *ok not love actually, its crush! whee~~*.. ahaha what-so-ever la ara!

classmates, besties... nnt kita buka puasa sama sama then tangkap tangkap gambar n masuk dalam belog! macam biasa ok?! tak boleh tengok wayang tau bulan puasa nanti amalan tak diterima 40 hari. sia sia je puasa kita kan? ok kita tengok mata *lawan sape paling lama tak kelip kelip heh* confirm i kalah, i kan pemaluu *wink wink*

ok siapa mahu belanja kalau saya dapat puasa 30 hari straight this year? cepat angkat tangan!! hee~~ wait n see =)

hmm.. mama, sila masak sedap sedap! sampai i mahu pulang ke rumah hari hari! ngee~~

Thursday, August 20, 2009

ni cerita pasal nenek i!

hari ini mahu cerita tentang nenek i pulak...



Nama : Mukayah Binti Samuri.

Umur : 73 tahun

Status : berkahwin

Anak : 14 orang

Nama suami : Moben bin Palil

Taknak letak hajah ah depan nama nenek. Orang pegi haji sekali je, nenek da tigaa kali. Takkan nak letak camni hajah hajah hajah mukayah binti samuri.. haa.. cm gle berlagak jaa… hehe. Ble saya tanya nenek cmni “nenek, nenek lahir brape ari bulan?” dia jawab camni “entahlah nenek pun tak tahu” so sebab nenek tak tau. Saya lagi laa tak tau… amek nenek 73 tahun! Haha…

Yaa.. memang nenek ada 14 orang anak. Maklumlah En Moben kan kuat.. opss.. ok ok sambung, nenek berkahwin dengan En Moben bin Palil pada satu tarikh yang saya tak berapa pasti ketika berusia 14 tahun. Ketika berusia sebaya saya iaitu 21 tahun dia da ada 3 orang anak.. aku tak kawen kawen laagi. Taakde kena mengenaa..



Gambar di atas di ambil ketika raya pertama tahun 2008. Masih muda kan nenek saya? Nenek tak beraya kerana menjaga En Moben yang sedang sakit dan duduk di atas tilam ketika raya…

Ini En Moben.. budak budak ni memang nakal, En Moben tengah sakit pun suh En Moben posing ja haa… tengok En Moben buat muka sedih.. sekarang En Moben da sihat, nenek asyik ngumpat dia je.. hehe. Nenek pun sama nakal eyh??

Nenek I ni tak suka bergambar, apa sebabnya lupa ahh.. tapi agak menakutkan gaks laa…

Da panjang da baca entry saya ni kan, apa yang cutenya nenek ni? Haa…

- Nenek tanam pokok keladi kat tepi umah sebab mama I suka masak asam pedas keladi. (mama anak kesayangan ke? Pandai bias2 nenek ni, syafi jangan jeles)

- Diaa caakaap, saya cucu kesayangan dia =) *bangga i*

- Dia kuat menyakat antaranya “kat kolej nnt jangan main kayu tiga ye?” maksudnya dia je tau. I pun tak paham =)

- Da tua tua macam ni pun masih cemburukan En Moben.. aishh

- Dia masaak sedapp… ok itu tak cute! Hii

Sekarang mungkin dia agak pelupa dan asyik membebel perkara yang sama terutamanya hal hal yang dicemburuinya. Pasti En Moben punya penangan la. Kadang saya Cuma angguk ble dia bercerita. Maklumlah kali ketiga atau empat masih ok. Kalau kali ke tiga puluh atau empat puluh. Saya muak. Hehehe…



Gambar ketika kenduri kahwin sepupu saya. Mungkin nenek sedang bergosip barangkali. Atau bercerita kisah dia bersanding dulu dulu. Mungkin ajaa.

Ingat lepas saya habislah penderitaan nenek(maksud I didera oleh saya) rupa rupanya masih ada pengganti. Si kecil ni nama dia syafi. Kerja dia hari hari BULI NENEK i. haish… tak boleh marah marah budak ni. Kalau marah lagi keras badan dia. Tapi cuba cakap cmni, “syafi sayang, pegi mandi sayang” tanpa menunggu jeritan yang kedua pasti dia sudah ada di bilik mandi. =) comel kan. Cm hape je…

Tuesday, August 18, 2009

SLTP interview - done!

hari ni saangat penat.. pagi2 dalam kul 8 da kuar bilik sebab nk pegi interview SLTP. *disebabkan budak ni tatau waktu dia patut pergi interview, awal2 dia kuar da* hee~~ then sampai kat fac, pegilaa check nama. alamak! pukul 5 - 5.30 pm pulak. da kne balik bilik ni. ok ok!

kira kira dalam kul 8.49 am i dapat msg dr no 013671xxxx said that "asalam, cik farrahanizah sy usetia tduga SLTP mohon anda dtg utk tduga pd pagi ini utk stnby calon yg x hadir skiranya ada" dia berdebar2 saya pun bersiap da terus pegi *belum well prepared lagi ni!* ok redah!

sampai di bangunan budisiswa, saya lihat 5 meja pendaftaran A1 - A5. saya mendaftarkan diri di meja A5 mengikut nama panel. kemudian kelihatan seorang jejaka keluar dari bilik A2 dengan membawa bahan presentationnya *alamak! dah la aku tak buat apa apa, gempak seyh mamat ni.* huu~~ disitu saya mula cuak..

saya diminta menunggu bunyi loceng di hadapan bilik A5. saya sangatt nervous!

*cing*

saya pun melangkah masuk sambil mengucapkan assalamualaikum *practise apa yang mr muruga ajar dulu ok!* letak fail atas meja panel dan duduk diam diam.

ada 3 panel semuanya. 2 perempuan 1 lelaki. *tak sempat nk berkenalan sebab nervous* hee~~ panel 1st perempuan, dia bercakap dlm bahasa melayu. soalan dia mcm ni "farra, kamu ambil bidang perniagaan kan? kenapa kamu pilih untuk jadi pensyarah dan bukan buka perniagaan kamu sendiri?"

ohh i malas nk tulis jawapan. maluu ahh! panel kedua juga perempuan. juga bercakap bahasa melayu. soalan dia mcm ni "farra, kamu tahu kan dalam islam 9 per 10 rezeki datangnya dari meniaga?, tapi kenapa ramai pelajar uitm ke mana mana university pilih untuk kerja dengan orang lain berbanding membuka perniagaan sendiri?" *amik kau!*

panel ketiga lelaki. bercakap bahasa inggeris *sebab dia nk tgk kt fluent or tak bersembang dalam bahasa inggeris* dia tanya "tell me about ur parent?" and bla bla bla

sesi seterusnya i kne mengajar! hee~~ ni la yang tak buat preparation apa pun. cite jela pasal investment. i choose to teach about the listing requirement! haha takleh blaa.. panel baik, dia bagi pilih nak ajar dalam bm or bi. mula mula ingat nk ckp dalam bm tapi tatau nk translate main board, second board etc yg mmg da blaja dlm bi tuu..

i mengajar sekejap gila~~ dalam 2 minit je. tbe2 macam lost. then kuar tu panel bagi sekali ngan personal details. pastu ada jumpa mmbr kat luar tu dia cakap panel dia tak pulangkan pun personal detail dia. ohh keciwa di situ. dlm otak *mungkin tak dpt la ni* huhu

then saya pulang ke bilik dengan hampanya~~

baru saya sampai di bilik tbe2 dapat msg lagi "asalam, farah tlg dtg lek tmpt tduga krne awak kena pulang dokumen pribdi yg pmel bri td" ok! maceh la sebab buat sy berjalan turun naik bukit 3 kali hari ni. *ingat dekat nk pg budisiswa?* but atleast personal detail saya tak dipulangkan~~ hee

ok sila pegi class risk management kul 12.30 pm~~ kemudian pergi makan kat seksyen 6 dengan farhan n azrin =)

~akukebasahan~

Monday, August 17, 2009

am i doing the right thing?

my previous post said that i want something~~ yaa u know something that can change my entire life! ok not entire but part of it =)

just now i realize, am i gonna worth it? there is a lot of 'what if' in my head right now! i know that im not wasting anything if i put some try on this. still~~ i dont know why *lagu*

i dont believe that all this can happen soo consistently! perhaps the path is already open, waiting for me to go in through with BIG wide SMILE! insya Allah. still the 'what if' make me sick lorh!

ok ara~~ please choose now!

Saturday, August 15, 2009

Wednesday, August 12, 2009

nawwa cinta hati =)

10.26am
12 August 2009
i just got msg from my beloved friend, nawwa says that "yunk..ko dpt g interview sltp..18 ogs.." oh really? bcoz i got class at that time, i just ignore the msg. sorry nawwa.. hee~~

yaa.. today my timetable is veeerrry pack! *nak sangat kan bangun lambat ari selasa, serve u rite la ara!* i got 5 class. 8.30 to 10.20, 10.30 to 12.20, 12.30 to 1.30, 2.10 to 4.00 and last 4.10 to 6.00. maceh jadual best! start from this week ada org yang akan tdo awal tiap2 ari rabu. ME!

then bole pegi paso lagi macam tadi. sila tiru classmate saya sbb beramai ramai serang paso malam kat seksyen 7 tadi. fatin, aina, hidayu, farhan, saadiah, hafiz and shaieda. ada lagi kot tp tak berapa kenal sangat =)

back to my sltp, takot uhh mau interview this tuesday! just to say, if i passed this interview i will get the scholarship n bonding with the government 4 years after my graduation as a lecturer! ara nk jadi lecturer? wah wah wah...

okayy da bole tido sekarang! takyah bace buku muka lagi

~nyong cerindil~

Tuesday, August 11, 2009

morning!

finally~~ after 1 month kat shah alam ni. arini 1st tym i bangun lambat! hehe *thanx to pn nooriha coz change ur timetable. hee~~

it's a feel good feeling "i feel good" *iklan ntv7* when sometimes we can BANGUN LAMBAT like this.. hehe kalau boleh nak bangun lambat hari hari macam dekat segamat tuh. tapi tau takleh. hee~~ diam ah ara!

then still bole beronline macam ni.. busuk masam takde sape pun nk cium. hehe~~ kalau kat rumah kan da kena bebel ngan mama "masamnyer anak mama ni" ait mama ni.

i know i still have class at 12.30pm but it's ok! =)

~nyong cerindil~

Thursday, August 6, 2009

Yes I do

Did you ever really love a guy
And know that he didn't love you?
Did you ever feel like crying
But what good would it do?
Did you ever look into his eyes
And say a little prayer?
Did you ever look into his heart
And wish that you were there?

Did you...........??

Tuesday, August 4, 2009

Rasa Yang Tertinggal



bila asamaraku tlah tiba
merenggut nafas dijiwa
itu dia..

yang datang hadirkan cinta
menyebar kedalam rasa

dapatkahku mengatakannya
perasaan yang kupunya
untuk dia..

mestinya kuungkapkan saja
tuk dapat jawaban darinya..

Reff.
dapatkah aku memeluknya
menjadikan bintang disurga
memberikan warna yang bisa menjadikan indah
aku tak mampu mengatakan aku tak mampu tuk mengungkapkan
hingga sampai saat ini perasaan tlah tertinggal

dapatkah dia merasakan
satu nafas yg tersimpan
itu bukan cinta sekedar cinta biasa
yang sesaat dan trus hilang

back to reff

peluang kedua KU

baru baru ni saya ada tgk movie. cte cina. tajuk dia saya tak berapa nak ingatlah. dia dia cm merepek skit tp sy tgk jugak sebab bosan.. ending dia buat saya realize sumthing....

KALAU ADA PELUANG KEDUA IANYA PASTI TAK AKAN SAMA!

cite yang saya tgk tu lebih kurang macam ni:
ada seorang perempuan hodoh, jatuh cinta dengan lelaki hebat. lelaki hebat ni tak mahu jatuh cinta. setelah pelbagai cara perempuan hodoh ni buat nak dapatkan lelaki hebat, lelaki hebat buat dekk je.

akhirnya terbongkar lah satu rahsia yang sebenarnya perempuan hodoh tak hodoh pun.. dia sebenarnya puteri, kire macam magik2 la ni.. dia tolong lelaki hebat selamatkan kawannya. kemudian lelaki hebat ni pun realize yg dia sebenarnya da jatuh cinta.

perempuan hodoh yang dah cantik tu pun cakap, takde lagi peluang kedua. walaupun perempuan hodoh tersebut cinta sama lelaki hebat. dia sanggup tanggung kesalahan lelaki hebat even tau dia bakal dihukum bunuh.

kerana cinta pada perempuan hodoh, lelaki hebat mengamuk di syurga. hampir saja dia mati tapi diberi peluang kedua..

syaaratnya:
DIA JADI MANUSIA BIASA (da tak hebat lagi)
perempuan hodoh pun dapat pengampunan
DIA DITUKAR JADI KUDA

so mana CINTA? mana PELUANG KEDUA?
ada yang sebenarnya lebih baik kalau tak ada.. KAN??