Friday, July 24, 2009

H1N1

sejak semalam da sibuk sibuk nak cuti h1n1.. hari ni amik ko cuti 9 hari... huhu.

ok gudbye sebentar shah alam, i nak cuti seminggu ok? ada test khamis dpn ok selamat. ada presentation selasa dan jumaat akan datang ok save. ada modul sabtu dan ahad haha selamat jalan. ada sign contract ngan ptptn next week aha masak la korang yang belum sign (aku dahh)

bye now...

Thursday, July 23, 2009

kisah katak!!

Ketika masih di bangku sekolah saya memang tak takut dengan katak. Ada satu peristiwa yang membuatkan saya saangat takutkan binatang kecil, berkaki empat, berwarna hijau dan berlendir itu.

Begini ceritanya, ketika di tingkatan 4 saya bukan budak biologi.. so mana ada belah belah katak ni.

Nak di jadikan cerita, seorang teman Faziana namanya berkata “aku tak tau mana nak carik katak. Kat umah aku tak ada katak.” Disebabkan rumah dia rumah teres saya fikir. Umah dia tak ada katak kot. Rumah aku banyakk. Ohh.. untuk pengetahuan Faziana adalah budak biologi tingkatan 4 sains 1. Maka dengan bangganya saya pun mengoffer diri untuk menangkap katak. Saya ingat mudah. Haa..

Balik balik rumah saya aim satu katak yang kelihatannya saaangat gemuk untuk dijadikan mangsa sahabat saya ini. saya bagi nama Cerry. Bermula la operasi mengejar Cerry. Memang susah sebab saya tak pernah sekalipun tangkap katak. Berudu pernah laa…
Bila saya menjerit jerit sewaktu menangkap Cerry, datang mama memarahi saya kerana cuba menyiksa binatang. I tak salah ok! Huhu…

Tak tahu kenapa Cerry seolah olah tahu dia akan menjadi mangsa saya, dia cuba sedaya upaya untuk melarikan diri. Padahal sebelum itu duduknya diam diam sahaja. Saya menggunakan plastic untuk menangkap Cerry. Saya biarkan dia melompat ke dalam plastic tersebut sebab tiba tiba saya rasa geli untuk memegang spesies dua alam tu

Bila saja terjerat dalam plastic, saya cepat2 mengikat plastic itu. Dan berlakulah perkara yang membuatkan saya fobia dengan katak sampai sekarang kerana badan saya menggigil seperti melihat hantu padahal Cuma katak sahaja. Sorry ya Cerry..

Sampai di sekolah. Saya terus menyerahkan Cerry kepada Faziana. “aku serahkan semua tanggungjawab ke kamu, jaga Cerry baik baik” eheh tak laa..

Nak tau apa berlaku?

Faziana bercerita. Sewaktu melakukan pembedahan, dia bius Cerry dulu supaya Cerry tak sakit. Cerry pun ada perasaan juga tahuu?? Selepas di bius Cerry dibedah. Tahu apa yang mereka jumpai? Cerry pregnant.. saya rasa saangat bersalah dengan Cerry. Kalau saya tahu kamu pregnant Cerry, saya akan tangkap katak lain. Tak apa la kurus
pun…

Selepas kejadian itu saya tak pernah lagi terjumpa katak di dalam rumah. Mungkin adik beradik ibu bapa atuk serta nenek Cerry berkabung di atas pemergian Cerry yang tragis itu.

Setelah 5 tahun berlalu. Tiba tiba saya Nampak satu lembaga kecil dan hitam (kerana saya tak bukak lampu) di dalam toilet. Saya menjerit dengan sekuat kuat hati. Ternyata bila lampu di buka tiada siapa siapa di situ. Ianya menjadi misteri selama dua hari kerana mata telah menghantar signal negative ke otak saya.

Ternyata keesokan harinya saya terlihat lagi benda yang sama, dan saya cepat cepat buka lampu. Ternyata itu memang katak. Mujurlah. Saya ingat roh Cerry menganggu saya. Hampir saja gila.

Tuesday, July 21, 2009

mau yang kini

Andai saja aku bisa,
Ingin saja aku ubah perasaan,
Agar tidak mengeluh,
Agar tidak meluka.

Andai saja aku bisa,
Ingin saja aku pergi mengembara,
Meneroka hati manusia,
Meredah gelodaknya jiwa.

Andai saja aku bisa,
Mengulangi segala sesuatu,
Akan aku hanya senyum memandang masa lalu,
Kerana kini lebih sempurna.