Tuesday, June 23, 2009

pilihan? itu hak anda...

Katalah dalam hidup ini anda punya banyak pilihan. And of course anda masih ada pilihan selagi anda tidak berbuat sesuatu yang memungkinkan pilihan anda itu hilang.

Yaa itu saya pasti! Mana yang akan anda pilih antara dua ini : orang yang anda sayang atau orang yang sayangkan anda? Sayang yang saya maksudkan di sini adalah cinta. Cinta antara lelaki dan perempuan. Tidak boleh lelaki sama lelaki atau perempuan sama perempuan. Bukan mendiskriminasi tapi bergegar tiang arasy tahuu?

Banyak rakan bila saya tanya jawapan mereka begini, “tak apa pilih orang yang sayang kita, dari kita yang sayang orang, itu sakit tahuu?” iya saya tahuu… tapi sampai umur saya 21 tahun pun saya masih pilih orang yang saya sayang. Saya masih belum dapat pilih orang yang sayangkan saya. Tunggu la walau 5 tahun atau 10 tahun saya masih belum tentu sayangkan seseorang yang sayangkan saya. Ia berbeza kan orang yang kita sayang dengan orang yang sayangkan kita?

Benar, memang benar.. cinta akan tumbuh juga kalau di semai dan di baja. Tapi cinta yang tumbuh pastinya tak sama dengan cinta yang tumbuh liar. Cinta yang tak dapat di kawal. Itu baru betul cinta. Memang cinta bukan mengikut nafsu. Itu juga betul.. tapi tanpa nafsu, cinta juga tak akan muncul kan? Kalau tak betul, buktikan ke saya mana cinta tanpa nafsu. Mahu pegang tangan, itu nafsu! Mahu makan sama itu juga nafsu! Mahu ditemankan 24 jam itu juga nafsu! Mahu bermanja itu juga nafsu! Malah mahu hubungan seks, itu lagilah nafsu!

Jangan kata saya pentingkan diri sendiri sebab cinta pun sememangnya harus pentingkan diri sendiri. Saya ada satu cerita, seorang perempuan berkhawin dengan lelaki yang di cintainya! Itu CINTA… setelah 12 tahun melayari bahtera rumah tangga mereka bercerai. Kenapa? Malah ada yang Cuma seminggu bergelar suami dan isteri yang kononnya di ikat atas nama cinta. Itu juga CINTA… anak anak mereka, itu juga CINTA. Ikatan yang dibina kononya atas dasar cinta pun mampu terlerai, dimana sifat cinta yang tak mementingkan diri?

Konon cinta, baru dugaan sedikit sudah melatah.. kami bercerai kerana sudah tiada persefahaman lagi.. itu alasan orang yang bodoh! Persefahaman apa yang kalian cari? Ketika bercinta hingga saat inai memerah dijari masih ada persefahaman. Malah saling memahami. Mana sifat sifat saling faham memahami dulu? Bila sudah berkongsi satu katil satu bantal mungkin, sifat faham memahami terus hilang? Mungkin ini salah bantal. Atau mungkin salah katil. Mungkin bantal terlalu nipis. Atau katil tak berapa empuk

Sebenarnya, cinta lelaki ataupun perempuan. Tak ada yang berbeza. Diri kita sendiri yang menentukannya. Mahu pilih yang kita sayang atau mahu pilih yang sayangkan kita. Semua pilihan DIRI sendiri! Cuma yakin dan buat habis baik dengan pilihan kita itu. Takdir memang kita tak dapat ubah, asal ada sikit sabar dan kekuatan. Jangan hanya memberi alasan yang pastinya mengguriskan hati kedua dua pihak isteri atau suami. Mungkin bantal yang nipis boleh di tebalkan atau tilam yang tak empuk boleh di empukkan. Dunia serba canggih…

Hmm.. Pn Mukayah dan En Moben pasti bangga dengan saya! Itu pun kalau tilam mereka masih empuk…