Tuesday, May 26, 2009

nasi lemak goreng cili padi

Tadaa… korang pernah dengar ke pasal nasi lemak goreng cili padi. Mesti tak kan…? Tapi aku selalu. Hehe.. maklumlah, makcik aku dua orang meniaga nasi lemak. Sedapp weh.. da kecur air liur la tuu.. meh meh aku cite cane nak buat nasi lemak goreng cili padi.

Bahan bahan tok buat nasi lemak goreng cili padi adalah seperti berikut :

- Nasi lemak
- Cili padi
- Udang@sotong@ayam -àsukati korang la nak bubuh apa
- Perencah nasi goreng ADABI (promote promote)
- Bawang
- Telur
- Sayo
- Dan minyak masak cap apa apa la yang korang suka. Seri murni ke buruh ke

Kalau korang tatau macam mana nak buat nasi lemak, korang pegi je mana mana kedai yang jual nasi lemak korang cakap macam ni “makcik, nak nasi lemak 1, tapi nak nasik je. Yang lain tanak” mesti makcik tu bagi punya. Kalau dia tak bagi senang je.. korang pegi la kedai lain. Carik sampai jumpa ok?

Pas da jumpa semua bahan bahan di atas, sila goreng macam biasa. Setakat nasi goreng takkan tak reti kot? Emm.. ok ok aku bagitau cara nak masak nasi goreng, manjah sungguh la korang ni..

1. Memula masukkan minyak dalam kuali. Sikit je tau jangan banyak banyak. Nanti kenyang minyak je..
2. Pastu tumis bawang, cili sampai berbau harum.. n jangan lupa udang@sotong@ayam tadi. Masukkan sekali.
3. Ble dah bau sedap je kan da bole la tu masukkan nasik
4. Aku suka masukkan perencah last. So masukkan perencah dan gaul gaul sehingga sebati
5. Jangan lupa sayo korang tadi tu. Biar dia tak layu sangat kalau masuk awal2.
6. Ok… mesti da siap nasi lemak goreng cili padi korang tu kan.. ni aku punya. Best tak?


Ok.. sekarang sila la makan… kalau tengah sibuk baca entry aku ni tgk jela nasi lemak goreng cili padi aku yang mengujakan neh.. haha (gelak jahat)



Aku da kenyang.. korang ble lagi? Hehehe. Lihat licin pingganku itu. Cuma yang tinggal kulit udang plus bawang. Sebab aku benci giler ngan bawang. Tak sedapp… tapi kalau masak mesti nak letak! Nanti tak sedap masakan aku tu kalau takde bawang. Kan kan?

Ok sekarang korang da bole panggil aku chef ara! Ada paham tada paham? TakbapePaham? Mati laa…

Haish… harus diet ketika ini. masih bercerita tentang nasi lemak? Goreng cili padi pulak tu.. kire kire cepat berapa kalori aku bertambah ni??? Haha… lantak ah.

~nyong cerindil~

Wednesday, May 6, 2009

rasa lebih teruk dari putus cinta

selepas paper portfolio semalam, selepas nawa yang paling last sekali balik.. saya tertidur. lama. samOptionspai pukul 11 malam. mungkin letih barangkali. maklumlah tidur lambat semalam tu... STUDY saya STUDY!

sedar sedar bila saya bangun dari tidur saya menangis. saya rasa sunyi. walau saya dengari alunan suara hani, rumate saya menyanyi. tapi saya rasa kosong. saya macam hilang arah. tiba tiba bila saya bosan, saya tak de tempat nak dituju. HILANG! iitulah yang saya rasakan.

hakikatnya saya berpisah hari ini. perpisahan yang lebih menyakitkan dari putus cinta dulu. mungkin putus cinta saya cuma hilang SATU, tapi ini saya hilang TIGA! saya rindukan mereka...

mereka viva saya,
mereka bantal busyuk saya,
mereka "lembut" saya,
mereka bleeding ears saya,
mereka tissue saya,
mereka matahari saya,

saya cuma bersama mereka tak sampai 6 bulan. kini saya kehilangan mereka. bukan totally hilang... tapi situasi ini pasti tak sama lagi. saya tak menyesal hanya rapat dengan mereka di sem terakhir ini kerna tempoh sesingkat ini saja sudah begini sakitt. bagaimana jika 3 tahun?

saya sedih seolah olah tak dapat berjumpa lagi hari esok. seolah olah pergi buat selama lamanya... seolah saya seorang saja yang berpisah. orang lain tak! mungkin bukan itu, mungkin sebab saya salah seorang daripada mereka yang berpisah.. makanya saya sedihh...

esok saya akan hilang lagi SATU! dan lagi SATU!



~nyong cerindil~

Tuesday, May 5, 2009

aduhai! seribu kali sayang



Berdosakah diriku
Terpaksa melepaskan
Cintamu yang serapuh
Dahan nan kering usang
Yang akhirnya kan patah
Terhempa gemeretap
Oh sungguh memilukan
Tak dapat ku bayangkan

Seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati
Cerita kasih kita
Rupanya seketika
Setelah merelakan
Setelah kau bisikkan
Segugus janji-janji
Tergamak kau mungkiri

Apakah sebenar yang terjadi
Hingga kau bersikap demikian
Sedangkan kau
Sesungguhnya percaya
Kasihku tak berbelah bagi

( korus )
Aduhai
Tak sanggup ku kenangkan
Semua telah nyata
Cintamu gurauan
Datang dan hilang
Semahu hatimu
Itulah falsafah
Pegangan cintamu
Namun harus kau ingat
Hati yangmanakah
Selamanya kan sabar

Saturday, May 2, 2009

malam ini sendiri lagi

semalam saya beronline sepanjang malam.. tak macam ana yang mengemas sepanjang hari yang mungkin start kul 4ptg (kerana dia baru bangun tdo). ~~tapi bagi dia sepanjang hari wohh.. hehehe. kemudian bukan mengemas tetapi ber3g bersama cik andy-nya. cehh


ok tutup cite pasal ana. dalam entry ni aku nak cakap pasal seorang sahabat.. lama dulu

aku bukan nak mengata, jauh sekali mengungkit. sebab aku bukanlah baik mana pun... but aku ada pride. kalau ko ignore pun pride ko tolong jaga pride aku ok! aku tak kisah pun la apa ko buat apa ko angankan... that not my problem at ALL!

for the very OLD story.. just forget it! kalau ko nak sangaat... AMBIL! aku bagi.. jangan uji kesabaran aku lagi tolonglah! pergi jauh jauh ok! aku muak ngan ko.. ini bukan kali pertama, tapi KEDUA beb!

tapi sebenarnya aku tak kisah pun, aku boleh lupakan semua. but make sure ko datang jumpa aku n mintax maaf. ko bukan tak tau salah ko kan...

maaf kepada pembaca semua.. saya hanya meluahkan rasa marah~~

ana da abes 3g ngan andy dia pg online pulak. tah mana plan mengemas seharian setat pukul 4 petang dia tah! tuhan je tahuu... haha..